Mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)



Sejarah

Jarak Felda Triang 3 dari Bandar Bera adalah 17 kilometer dan merupakan salah satu daripada empat belas penempatan rancangan di gugusan Bera dan dibawah wilayah Mempaga. Bermulanya tahun 1986 kemasukan penduduk dari pelbagai negeri di Malaysia berlaku secara berperingkat ke Felda Triang 3 dan berterusan sehingga tahun 1990. Keluasan kawasan penempatan penduduk adalah 139.29 hektar yang menempatkan sebanyak 195 unit rumah manakala luas keliling termasuk kawasan pertanian adalah 1075.33 hektar.

Felda Triang 3 bukan sahaja merangkumi rumah peneroka malah termasuk perumahan kakitangan FELDA, 100 unit perumahan kilang, kuarters guru sekolah menengah, kuarters guru sekolah rendah dan perumahan baru generasi kedua. Keseluruhan anggaran penduduk seramai 3500 orang dan kesemuanya berbangsa melayu. Terdapat kemudahan yang disediakan seperti sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah TABIKA, gelanggang futsal, padang awam, Dewan Semai Bakti, Masjid Al-Taqwa, Taman Permainan dan Klinik Desa.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


ICT : KOMPONEN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2024

Kelas ini telah dijalankan bagi peserta yang pertama kali sertai kelas bersama NADI yang tidak mempunyai kemahiran komputer...baca selanjutnya

BENGKEL USAHAWAN : ASAS TIKTOK

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024

Program ini merupakan inisiatif PEDi Kluster Bera untuk membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan dengan memilih platform Tiktok...baca selanjutnya

BENGKEL SMART DIGITAL

Aktiviti Terkini | 14 & 15 Februari 2024

Program ini merupakan inisiatif PEDi menggalakkan peserta memenuhi waktu cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat....baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU

Aktiviti Terkini | 17– 20 Januari 2024

Kaunter Fizikal PADU telah dibuka pada hari ditetapkan dan dengan kehadiran seorang pegawai Perangkaan Temerloh dan bersama tiga orang staff DOSM yang bertanggungjawab mengisikan PADU kepada komuniti....baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti