BENGKEL USAHAWAN : ASAS TIKTOK

Aktiviti terkini |24 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Mayam

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan inisiatif PEDi Kluster Bera untuk membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan dengan memilih platform Tiktok.
• Melibatkan seramai 20 orang peserta yang sertai bengkel ini dan turut bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Tujuan :
• Tujuan perlaksanaan Bengkel Asas Tiktok ini adalah mengumpulkan usahawan tempatan yang berpotensi mengembangkan perniagaan menggunakan Tiktok affiliate dan Tiktok Live.
• Menggalakkan peserta menimba ilmu tingkatkan kemahiran dalam menguasai Tiktok dan meraih pembeli daripda media sosial yang berbeza latar belakang.
• Mempelajari strategi pemasaran di Tiktok contoh perkongsian pantang larang membuat live dan cara tingkatakan pengikut.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dimulakan pada pukul 9.30 pagi hingga 1 petang dengan melibatkan seramai 20 peserta.
• Hebahan diluncurkan di muka buku PEDi, dan whatsapp komuniti setempat.
• Penerangan aturcara bengkel kepada peserta sebelum memulakan sesi yang lebih menarik.
• Pembelajaran bagi setiap sesi disampaikan oleh staff PEDi bagi 2 slot berbeza iaitu strategi pemasaran Tiktok dan Tiktok affiliate.

Kelebihan Aktiviti :
• Manfaatkan penggunaan Tiktok untuk menghasilkan pendapatan tanpa modal.
• Mempelajari keupayaan Tiktok dan perkongsian bersama peserta yang pernah menjalankan aktiviti perniagaan di Tiktok khususnya.
• Meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berkomunikasi di hadapan kamera untuk membuat video atau live.
• Jana pendapatan untuk membantu diri dan keluarga dengan perniagaan atas talian.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :