INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Pengenalan

Felda Triang 3 berada di daerah Bera dan terletak dalam Parlimen Bera. Komuniti Felda Triang 3 pada mulanya hanya terdiri daripada peneroka dan penerokawati yang mempunyai purata isi rumah sekitar 5 orang. Felda Triang 3 ini mula dibuka pada tahun 1986 dengan bilangan rumah sebanyak 195 buah.

Jumlah rumah dan penduduk mula bertambah apabila wujudnya perumahan kakitangan Kilang Sawit Triang 3 (100 buah) dan tahun 2016 sebanyak 295 buah rumah generasi kedua mula dibina dan telah diduduki iaitu Taman Lamanda Permai. Kini dianggarkan populasi di Triang 3 adalah seramai 3500 orang. sebagai tambahan, terdapat juga perumahan untuk kakitangan FELDA (10 buah), dan Kuarters guru sekolah rendah dan sekolah menengah.

Rekreasi & Pelancongan

Bukit Senorang


Lokasi yang santai dan menarik untuk aktiviti riadah keluarga pada hujung minggu ini telah diwartakan sebagai pusat rekreasi dalam negeri Pahang. Untuk tiba di puncak Bukit Senorang, seseorang hanya memerlukan masa antara 45 minit ke satu jam bergantung kepada keupayaan masing-masing. Banyak faedah yang boleh dinikmati melalui produk pelancongan ini. Selain aktiviti pendakian ini dilihat sebagai aktiviti fizikal lasak, ia juga membantu memperkayakan pengetahuan pengunjung sekiranya setiap pokok-pokok dilabelkan nama. Bagi yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan awan karpet terutama sekiranya hari sebelum hujan dan ini merupakan salah satu keunikan Bukit Senorang.

Bukit Senorang Felda Kumai


Asalnya nama kawasan ini popular di kalangan penduduk Felda Kumai sebagai Air Terjun Bukit Bertangga sebelum dinaiktaraf oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menjadi kawasan hutan lipur yang didaftarkan sekitar 1998-1999.

Air Terjun Bukit Bertangga ini diberikan nama sempena nama bukitnya iaitu Bukit Bertangga seperti di dalam peta topo yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemetaan dan Ukur Negeri Pahang.Ianya merupakan kawasan hutan lipur yang berada dalam kompartment 72 dan 76 Hutan Simpan Chini dan seluas 2 hektar dan satu-satunya yang didaftarkan berstatus Hutan Lipur oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi Daerah Bera untuk tujuan rekreasi.Bukit Bertangga mempunyai 2 air terjun setinggi 30 meter dan 20 meter namun tidak sesuai untuk mandian ekoran kedudukan yang agak berbukit dan bercerun batu dan memerlukan pendakian.

Tempat Makan Menarik


Burger Besor Triang 3


Pilihan burger yang pelbagai menarik minat penggemar burger ayam khususnya. Antara pilihan makanan adalah burger single, burger cheese, burger double cheese, dan burger mozzarela. Selain itu terdapat juga menu lain seperti pizza, wedges, wrap chicken dan pilihan air yang sedap. Dengan membawa trademark ‘kenyang nyandor’ cukup dapat digambarkan keadaan pembeli selepas puas makan burger dan menjadi pilihan yang tepat untuk dikongsikan bersama kenalan lain.

Udang Galah Orang Minyak


Dengan membaca nama kedai pun sudah cukup mengkagumkan dan menghairahkan bagi peminat udang galah. Sajian yang tetumpu pada udang galah ini telah mencetus keinginan mencuba bagi semua yang merupakan satu-satunya kedai yang ada udang galah di Bera. Menariknya di sini ruang dan kondisi kedai yang luas menjamin keselesaan pembeli dan yang pastinya makanan yang enak dan lazat turut disajikan!. Antara menu pilihan pembeli di sini adalah udang galah masak lemak cili api petai, nasi goreng udang galah, tomyam, buttermilk dan lain-lain lagi. Beroperasi pada pukul 12 tengahari hingga 11 malam.

Anjung Seri Bera


Menyediakan makanan tengah hari yang menyelerakan dengan pilihan lauk yang sedap dan menarik seperti ikan patin tempoyak, asam pedas ikan pari, kerabu dan lain-lain. Selain itu turut menyediakan makanan petang seperti laksa, mee sup utara, yong taufu, mee rojak dan lain-lain.

Kemudahan Awam
Pendidikan
Kisah Kejayaan

Siapa sangka selama pembukaan NADI Felda Triang 3 yang hampir 7 tahun ini telah melahirkan individu yang mahir dalam penggunaan komputer dan aktif melibakan diri di sini. Tidak terkecuali adik Nur Afiqah Dhaniyah Binti Muhamad Pauzi yang kini berumur 17 tahun dan bersekolah di MRSM Kuala Terengganu. Beliau antara ahli terawal yang berdaftar dan sering menyertai kelas ICT seperti Microsoft Office, Canva.com, aktiviti e-pembelajaran dan lain-lain. Beliau yang tiada kemahiran dalam mengendalikan komputer kini dah mampu membuat tugasan tanpa pantauan staff NaDi. Program atau bengkel yang melibatkan NaDi bersama komuniti juga turut disertai beliau menunjukkan beliau menyokong dan pada masa yang sama peroleh manfaat dalam menambah ilmu berguna untuk membaiki diri sendiri bagi menempuh dunia digital dan tanpa sempadan.

Keusahawanan
Nama : Haida Lela Binti Mohamed
Jenis perniagaan : Pakaian dan bouquet
Produk : Bouquet Tudung Dan Coklat
Tarikh mula : Tahun 2020
No telefon : 0139442551

• Menjalankan perniagaan menjual tudung dan sediakan perkhidmatan membuat hadiah atau bouquet tudung.
• Beliau dibimbing kaedah pemasaran produk menggunakan media sosial, usahawan 101, video dan fotografi dengan menyertai Mahir Digital di NaDi.
• Mempelajari Shopee dengan mengikuti PUPUK@Shopee pada tahun 2021.

Nama Syarikat : Zalintan Enterprise
Nama pemilik : Siti Zabedah Che Esa
Jenis perniagaan : Kosmetik, makanan dan pelbagai
Tarikh mula perniagaan : 2017
Alamat premis : No 9 Jalan Lamanda Permai 7, Taman Lamanda Permai, Triang 3, 28200 Bandar Bera Pahang.
No. Telefon : 0109280530