BENGKEL SMART DIGITAL

Aktiviti terkini | 14 & 15 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Triang 3

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan inisiatif PEDi menggalakkan peserta memenuhi waktu cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat.
• Penglibatan peserta kali ini dipenuhi dengan pembelajaran asas Microsoft Word, kemahiran insaniah, carta minda, aktiviti STEM, dan pembuatan mini bouquet.
• Aktiviti dijalankan selama dua hari dan peserta berusia 12 tahun – 15 tahun sahaja.

Tujuan :
• Tujuan perlaksanaan Bengkel Smart Digital ini adalah menyediakan pengetahuan asas ICT kepada peserta.
• Meningkatkan keupayaan peserta dalam mendalami ilmu ICT, kemahiran soft skill, mencabar kreativiti dan keupayaan diri dalam menyelesaikan satu masalah.
• Meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian dan penggunaan sumber digital.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dimulakan pada pukul 9.30 pagi hingga 4 petang selama dua hari.
• Hebahan diluncurkan di muka buku PEDi, dan whatsapp komuniti setempat.
• Penerangan aturcara bengkel kepada peserta sebelum memulakan sesi yang lebih menarik.
• Pembelajaran bagi setiap sesi disampaikan oleh staff PEDi bagi 6 slot berbeza.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran dan kefahaman peserta dalam mengendalikan Microsoft Word dengan baik untuk kegunaan akan dating.
• Pengenalan laman web Canva.com yang memaparkan pelbagai fungsi dan kelebihan untuk membuat poster, persembahan, carta minda, video, dan lain-lain.
• Meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berkomunikasi di hadapan dengan menunjukkan hasil kerja.
• Meningkatkan kesedaran peserta dengan penerangan S.A.F.E internet.
• Penghasilan tangan robot yang menarik untuk slot STEM mampu meningkatkan kreativiti dan pengetahuan peserta.
• Melahirkan individu yang kreatif dan mampu menghasilkan mini bouquet yang perlu dilakukan dengan penuh kesabaran.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :