PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU

Aktiviti terkini | 17– 20 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Felda Triang 3

Ringkasan Aktiviti :
• Kaunter Fizikal PADU telah dibuka pada hari ditetapkan dan dengan kehadiran seorang pegawai Perangkaan Temerloh dan bersama tiga orang staff DOSM yang bertanggungjawab mengisikan PADU kepada komuniti.
• Kaunter yang di buka selama 4 hari ni amat membantu hampir 200 orang yang telah daftar dan memudahkan urusan terutama kepada warga emas.

Tujuan :
• Tujuan pembukaan kaunter ini adalah menggalakkan komuniti mengisi PADU yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ini agar tiada lagi rakyat Malaysia yang tercicir dalam menerima bantuan dan inisiatif daripada Kerajaan selepas ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Hebahan diluncurkan di muka buku PEDi, dan whatsapp komuniti setempat.
• Pembukaan kaunter bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
• Kehadiran komuniti untuk berurusan di kaunter Fizikal PADU.

Kelebihan Aktiviti :
• Menyahut saranan Kerajaan mengisi PADU bagi mendapatkan maklumat Masyarakat Malaysia agar pengagihan bantuan bersasar lebih telus dan diterima kepada individu sepatutnya.
• Menyelesaikan masalah komuniti yang mempunyai kekangan dalam pengisian dan kekurangan kemudahan untuk isi PADU.
• Mengeratkan sillaturrahim antara komuniti setempat dan PEDi serta menyampaikan informasi berguna kepada semua.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :