PROGRAM CASHLESS SOCIETY @ NADI FELDA TRIANG 3

Aktiviti terkini | 21 September 2024

Tempat Aktiviti:
Dewan Semai Bakti Felda Triang 3

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan kerjasama MCMC, NADI, dan Felda dengan melibatkan seramai 278 orang pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik antaranya, booth NADI Kesejahteraan Kendiri, booth KITAR, Booth cashless, booth SETEL, both BIMB, booth VC Telecoms, dan juga usahawan-usahawan tempatan. Antara aktiviti sampingan lain yang telah dijalankan ialah ICT explorace, sukaneka, pertandingan mewarna, dan pertandingan Mobile Legend.

Tujuan :
• Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk memberi pengenalan dan kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya mengamalkan perubahan dalam sistem kewangan daripada tunai kepada tanpa tunai seiring kemajuan infrastruktur teknologi terkini. Ekonomi digital dilihat semakin berkembang apabila kebanyakan pembayaran dan perkhidmatan mengamalkan pembayaran tanpa tunai. Jadi perlaksanaan ini adalah untuk memberi pengenalan dan pencerahan kepada masyarakat Felda tentang penggunaan “cashless” dan kebaikannya.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 08.30 pagi – 04.00 petang.
• Permulaan dengan qasidah dan sambutan maulidur rasul dari anak-anak tahfiz Tok Mengkarak.
• Penerangan berkaitan langkah keselamatan dan pengenalan penggunaan perbankan atas talian dari pihak BIMB.
• Pameran dari pihak MCMC, SETEL, VC Telecom’s, BIMB, dan pemeriksaan kesihatan oleh NADI.
• Mengadakan aktiviti ICT untuk menguji kefahaman peserta seperti Tangram Batle, Puzzle, dan Cross Word. Disamping pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 8 tahun ke bawah dan Mobile Legend bagi peringkat umur 18 tahun dan ke atas. Pihak Cashless Society juga menyediakan permainan PS5 dan beberapa cabutan bertuah.
• Jualan terbuka dari usahawan-usahawan NADI Felda Triang 3.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjelaskan peranan dan fungsi perbelanjaan tanpa tunai secara terperinci.
• Menyampaikan ilmu dan mesej kesedaran kepada komuniti untuk lebih cakna dengan isu jenayah siber (scammer) yang berleluasa di media sosial.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :